Monday, December 06, 2010

selamat tahun baru.

assalamualaikum.
alhamdulillah. kita sudah usai satu lagi tahun yang sukar di hadapi. segalanya menjadi memori kita pada hari ini. hari bersamaan awal tahun islam. aku rasa sangat berazam untuk berubah. aku nak jadi orang yang berguna. sangat2! ini bukan fatin yang dulu,ini fatin yang baru. terpulang apa awak nak cakap. awak tak kan dapat buat aku berhenti.aku berazam untuk mendapatkan 4 flat! tadi waktu di masjid,aku ada nampakla  satu buku ne. majalah. tajuk tu .. ermm aku lupa. tapi bawah tajaan stormreaders. buku tu menarik pandangan aku. bukan cover cantik,tapi isinya yang islamik. apatah lagi aku yang semakin bekurangan bekalan ilmu apatah lagi iman. aku semakin lalai. T.T

aku bacalah buku tu. aku terbuka sedikit pintu hati ku ini dari kejahilan. buku tu,isu pertama tentang cinta. cinta kepada siapa kalau bukan Allah s.w.t.  begitu juga kepada pesuruhnya,nabi2 kita. ada di dalam buku tu menceritakan mengenai jenis2 cinta,

pada hari ini,tidak mustahil kalau aku kata kebanyakan kita lebih memilih pandangan luar pasangan kita. maksud macam baik,prihatin,ambil berat,penyayang,hensem,pandai masak,cantik dan etc. susah nak cakap sebab banyak sangat. tapi hal nya di sini. kenapa kita memilih sedemikian cinta bukan cinta kepadaNYA..? kita bayangkan, kita termasuk aku sendiri inginkan yang memahami. subahanallah. Allah itu maha memahami. kenapa..? kerana Dia memberi kita sesuatu tanpa kita pinta dan kita merayu. kita susah senang sentiasa ada. oksigen. itu antara salah satu rahmat tuhan yang nikmat. dengan oksigen kita boleh bernafas. dengan bernafas kita hidup sayang. :) itu baru oksigen. mari kita sama2 berzikir. besar sungguh nikmatnya sehingga air dilaut takkan cukup untuk menjadi ink menulis nikmatNya. begitu juga pokok. takkan bisa. ALLAH MAHA BESAR.

kita nak orang ambil berat. sayangku sekalian, Allah itu sangat ambil berat. kita tidur. kita makan. segalanya di ambil kira. kita sakit..? semestinya. bagaimana..? secara logiknya,kita boleh mengatakan kita boleh sembuh dengan adanya ubat. iya sayang. tapi,itu semua tidak akan berlaku tanpa keizinannya. kita hanya pinjaman sayang. PINJAMAN. apa yang dipinjam,hendaklah dipulangkan. kita harus redha jika kita sakit. itu maknanya Allah kasihkan kita. :) fikir2 sama2.

AKU LALAI.AKU LUPAKAN ALLAH. aku leka dibuai dunia. tak silap aku ada satu sumber mengatakan. dunia itu umpama penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kufur. wallahu'alam. nauzubillah. lihat di sini,orang yang baru dikeluarkan dari penjara ada dua jenis. orang yang keluar dengan keinsafan. satu lagi orang yang keluar tanpa perubahan. macam kita. seandainya dunia ini penjara. kita dipihak yang mana..? tepuk dada tanya imanmu sayang. 

ada sebuah cerita yang aku baca tadi. kita. bagi yang penah bercinta. mesti gembira kan jumpa kekasih. mesti rindukan..? mesti rasa mau saja dekatkan..? sama macam hubungan kita terhadap Allah. Allah lebih berhak mendapat cintamu itu. termasuk aku. kenapa kita tidak berbuat begitu kepadanya..? aku sedih sebab aku tergolong dalam kumpulan itu. itu semua dari kita jugak. kan..? kita perlu kembali kepada fitrah macam ustaz aku cakap dulu,ustak jusidin.

ohh ye begini kisahnya. pada waktu itu,datang malaikat maut untuk mencabut nyawa nabi ibrahim. memang kalau kita takut kan kena cabut nyawa. apa lagi bila kita tahu bila masa itu. terus kena tanyalah. sepertinya tidak silap titah itu dari Allah. "apa pernah kamu melihat atau mendengar kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri..?" aku tak ingat sangat jawapannya. tapi apa yang aku terharu,"siapa kekasih yang tidak rindu dan gembira untuk bertemu kekasihnya..?" lantas nabi ibrahim berkata kepada malaikat "cabutlah nyawaku sekarang!" subhanallah. segala puji bagi Allah. selawat ke atas nabi. beruntung. aku rasa kerdil. hina. untuk mengatakan minta dicabut nyawa sekarang. aku takut. aku tak cukup persediaan. maka itu aku berazam untuk berubah. aku bolehkan..? demi janjian di masa akan datang,

tadi kami,yang dapat gred A,A- dan B+. ada perjumpaan. kira macam discussion tentang apa program yang kami perlu buat untuk mendapatkan A. macam2. dan seronok. kena tanyalah. siapa nak jadi volunteer teaching students. aku pun sukarela. sebenarnya aku tak pandai. apa lagi mengajar orang yang kemungkinan besar lebih pandai dari aku. tapi aku ambil cabaran ini untuk ubah diri aku dan attitude aku. aku mesti mula dan ambil risiko untuk berjaya. bangun jatuh itu aku. bukan kamu. 

ya Allah. tetapkan hati kami ini. aku meminta dan memohon kepadamu. aku nak sangat buat family aku gembira. nak sangat buat rakanku tersenyum riang. dan aku nak sangat di pandang dan dihormati masyarakat. sama juga terhadap guru yang memberikan ilmu. pekerjaan mereka sangat mulia. besar sungguh kebajikan mereka. aku nak ustaz rezany senyum terhadap aku. berbangga denganku yang kembali ke jalan benar. itu azamku yang terbesar pernah ku ungkapkan! fatin. semoga tidak berubah pendirian. 

***
doa memohon kecintaan kepada Allah.

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 YA ALLAH,YA TUHANKU. 
aku memohon kasih sayangmu.dan kasih sayang orang yang mencintaimu serta (kasihan) amalan yang mendekatkanku kepada cintamu.
YA ALLAH YA TUHANKU.
jadikanlah kasihmu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk.
aminn.

***
doa awal tahun

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin.
***
dengan ini. usai udah entry aku. apa yang baik itu,datangnya dari ALLAH. dan yang buruk itu dari aku sendiri. mana yang rasa perlu ada correction. tolong perbetulkan aku. okey. dun worry. fatin tak makan orang. sekian.
assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Post a Comment