assalamualaikum.
hehe.. aku semakin gemuk dari hari ke hari bersama otak dan akal yang asyik fikir pasal nak balik rumah. ingat lagi tak yang aku tunjukkan post tentang audition yang aku pass dalam MISS KML.. nak juga caps lock :DDD hehhee.. saja mau minta puji.. my mama already cari baju yoww. aku dapat tema BAJU KEBANGSAAN MALAYSIA. siapalah pasangan aku tu.. takut aku.. harap bukan dia ( si qila jak yang tau siapa orang tu). macam jahat pula aku ne pilih2 orang. ishh fatin bersyukurlah ko kena pilih. dahla tak cantik melebih lagi. insap-__-
aku ada rasa something dari dulu. jatuh cinta..? :P macam lain pula tau perkataan tu. dess.. action habess aku ne. yalaa aku da menaruh perasaan di dalam bekas hati aku ne. tinggal nak bagi lagi. tapi takut tak diterima sebab orang tu dah ada gf. malangnya aku suka orang gitu. bukan hensem pun! hahaha:D JK. mental aku ne. orang sibuk nak exam, aku pula yang fikir2 cintun segala. haitzz.. relax.. inhale.. exhale.. love is when you are ready not when you feel alone. okey fatin.
aku sunyi..? adalah juga tapi lagi enjoy dari dulu. sebab sekarang lagi enjoy ngan kawan dan semakin rapat sama family. siapa tak suka kalau free dari sebarang ikatan yang belum tentu lagi. sekarang ne aku simpan dulu la "kontena cinta " aku ne. nanti bila ada kerja baru bagi. kan..? ^^ aku belum di taken macam kawan2 lain lagi. kadang2 jelas juga masing2 ada teman tapi sebenarnya aku pun ada kekasih hakiki. ALLAH S.W.T. itu yang pasti dan aku tak akan kehilangan kasih daripadanya. insyaAllah.
aku minta maaf kepada orang yang pernah 'mencintai' aku dulu. aku tau aku jahat. permainkan perasaan kamu. aku nak lupakan dia dan kamu jadi bahan experiment itu dan sama sekali TIDAK BERJAYA.! aku minta maaf seribu kali maaf. ingat satu saja, kita di dunia dicipta berpasangan. jadi jangan risau, kalau jodoh tak ke mana. jangan tunggu aku lagi sebab aku tak pasti tentang hati aku ne. aku cepat berubah. fahamilah keadaan. janganlah tutup pintu hati kamu semata2 tunggu aku, kesian pasangan sebenar kamu nanti. kerana aku tolak cinta kamu, orang yang menjadi jodoh kamu sebenarnya ditolak. tolonglah jangan.
cinta bukan mainan. adalah kawan aku yang ikut plkn cerita. pengalaman mereka di situ. tentang cinta 3 bulan. pernah dengarka..? ini mostly bagi pasangan cinta yang antara salah seorang dari mereka sahaja yang ikut program ni. mereka menjalinkan rasa cinta bersama peserta plkn dalam tempoh program ini di jalankan. ishh.. tak patut tau. cinta ne mahal harganya. cinta mengenalkan kita kepada pencipta, nabi dan rasul. kerana cinta lahir kita di dunia. kerana cinta kita masih hidup. kerana cinta manusia sanggup GADAIKAN NYAWA! kenapa.? begitu besar nilainya cinta tapi masih ada yang permainkan cinta. buka mata, buka hati. fikir.
kerana memuaskan nafsu, ada manusia bermain atas dasar nama cinta. astaghfirullah. Allah maha mengampun. segalanya datang dari kita. jika benar mau berubah, bermula dari sekarang. biar berpisah sekarang, dari berpisah nanti. kamu faham jugakan.?
hehe.. makin serius pula aku ne. ini apa yang ada di dalam hatiku. :)
sekian sayang dari fatin,
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment