Tuesday, March 29, 2011

sharing is caring.

assalamualaikum semua.

huhu.. hari ne macam rajin mau post awal2 bha. hurmm.. kalau waktu kecik dulu mau pergi sekolah. mesti ada alasan TER lebih munasabahnya. hehe. mama pun mau inda mau ja cakap,"bah,inda payah tah ke sekulah. bisai2 mun di rumah ah. jangan kan main ganya. banyak keraja umahmu tu.." wooo.. dengan ketebalan bahasa yang cukup ketara. aku pun dengan suka suki hatiku, jawap pendek, BAH! :)

kali ne post, aku nak share sikit. korang boleh google sendiri tapi aku nak juga share! paksa. hehe. ^^ korang perasan tak alasan2 yang digunakan untuk excuse sekolah sama.??? "ma,aku demam. panas badanku." dengan muka monyok seribu perasa.. "uhukk..uhukk..uhukk.. maa... bulih aku inda ke sekolahka..?" lakonan kedua. haha! kalau aku ingat balik yang aku gini, aku malu bah sama mama dan bapa. 

tapi kan.. antaranya yang paling KICK aku pernah buat.. sampai sekolah dah. gembira mau main ngan kawan. terus masuk class.. jumpa cigu yang tidak ngam dengan hati. terus pegi pejabat am, pinjam telefon. "pa, dapat bapa ambil aku ka.?" bapa jawab. "kenapa? (dengan suara risau)" aku selamba berbadak "perutku sakit.." sebab inda suka cigu yang merotan dan mencubit. terus minta ambil. aku tau juga bapa tau napa aku minta ambil. haha :DDD penjahatnya aku. dan ne semua cerita waktu aku sekolah rendah tau. hehe.. memori yang mahal.

okehh. panjangnya introduction kan.. aku nak share ne tentang segala macam sakit yang aku kemukakan. hehe demamla.. batuklaa.. sakit perutla.. aku waktu tu main cakap je. yang penting tercapai. adeiii.. =.=' memang budak2 betul ne.

demam.

definition: 


Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
* nahhh.. ini nampak sudah penipuan budak2 nak buat2 demam. manala dorang cek suhu badankan.?? kalau iya pun, main letak tangan atasa dahi. bukan termometer sebenar! :P

sebab:

• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,cirit birit, denggi, dan HIV
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
• Demam malaria
• Penyakit sendi
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya (kalau tak habis makan)
• Barah
*aduiii.. macam parah kan sebab dia. kalau aku tau waktu kecik, palis-palis mintak jauh dari demam lagi! indak lagi buat2 demam ne..

sakit perut.

definition:

Sakit perut adalah sakit yang dirasakan pada perut. Perut adalah suatu area anatomis yang dibatasi diatas oleh batas bagian bawah dari tulang-tulang rusuk dan diafragma, dibawah oleh tulang pelvik (pubic ramus), dan disetiap samping oleh panggul-panggul. Meskipun sakit perut dapat datang dari jaringan-jaringan dinding perut yang mengelilingi rongga perut (seperti kulit dan otot-otot dinding perut), istilah sakit perut umumnya digunakan untuk menggambarkan sakit yang berasal dari organ-organ didalam rongga perut. Organ-organ dari perut termasuk lambung, usus kecil, usus besar (colon), hati, kantong empedu, dan pankreas.
*macam dasyat ne maksudnya! huh.. anatomi. 

sebab:

Sakit perut disebabkan oleh peradangan (e.g, radang usus buntu atau appendicitis, divertikulitis, kolitis), oleh peregangan atau penggelembungan dari suatu organ (e.g, halangan/rintangan dari usus, halangan dari pembuluh/saluran empedu oleh batu-batu empedu, pembengkakan hati dengan hepatitis), atau oleh kehilangan penyediaan darah pada suatu organ (contohnya, iskemik kolitis).
*oleh yang demikian ye adik2, situasi ne buat perut tak selesa dan sakit. :)

batuk.

definition:

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.
*hermm.. rupanya.. jadi, batuk tu bagus okay.. :) tapi, bukab yang dibuat dan kalau teruk tu silakan jumpa yang pakar.

sebab:

Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat. Sebab-sebab batuk yang lain termasuk:
  • Selepas penitisan hidung (katar) - berlebihan rembasan hidung yang melari bawah ke dalam belakang kerongkong, merangsangkan kebatukan. Biasanya disebabkan oleh alergi, demam selsema umum atau jangkitan sinus.
  • Penyakit Asma / lelah
  • Jangkitan saluran pernafasan - contohnya kelompok, whooping cough
  • Perengsa penafasan dalam - contohnya merokok, habuk, api keindustrian.
  • Penyakit peparu - contohnya sistik fibrosis, bronkiektasis, barah.
  • Hiatus hernia dan refluks gastroesofageal - asid perut membocor ke dalam kerongkongan, meransangkan batuk.
  • Kelemahan jantung
  • Kebimbangan, gemuruh dan tabiat
*huuhuu.. memang senang kena batuk ne, mana indak.. di mana2 ada orang merokok. aiyee.. 

nampaknya.. sampai situ saja perkongsian ilmu kita. yang penting sekarang ne. jaga kesihatan. bagi yang akan menduduki peperiksaan tu, jangan sakit tau. nanti susah nak jawab paper. rugi korbankan masa kita ne.bah.. lain hari aku share lagi k. :)
salam sayang. 

No comments:

Post a Comment