hello readers. how are you.? harap sihat2 sejahtera. :D
aku? aku tak sihat. i got flu! btw, dalam bahasa melayu mana ejaan yang betul: SELESEMA / SELSEMA / SELESMA..? kira banyakla tu. nasib aku tak ambil paper bahasa melayu di matriks ni. ouhh aku tak tahan hidung ne. aku jarang flu tapi bila dah flu, nah hambekmu. cakap pun sengau semacam. hidung rasa gatal, berair dan rasa KEMBANG semacam. terus takde mood aku nak keluar bilik. -__-
aku pun carilah kat dalam internet pasal selesma ne. yelaa manatau sebab aku jalan kelmarin tersedut banyak sangat carbon monoxide kan? terlebih oxygen ke.? terlampau expose gan sunshine ke.? *rasa-rasa puteri lilin* makanya, aku type SEBAB SELESMA dalam mr.google ne. sekali aku dapat result yang sangatlah mengejutkan!
![]() |
-click to enlarge- |
apa perasaan kamu tengok ne gambar? ouhh my, aku sangatla tidak sangka. aku dapat ne dari sebuah blog orang tu. keterangan berita adalah seperti berikut.
YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap
selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.
selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.
"NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.
Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.
Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.
Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.
Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.
“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.
“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.” - Agensi
Sumber : Harian Metro"
salam sayang dari fatin.
assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment