assalamualaikum w.b.t.
hai semua, apa khabar ye.? aku masih lagi bersama lelehan hingus yang jernih dan bakal jatuh bila tunduk. euuww>.< tak senonoh aku ne. hahha:DDD hari ini aku tak berapa nak jalan2. sarapan pun minum milo panas dan roti sayur je. pening kepala aku. -___- semalam dah makan ubat tapi macam makin teruk pula tau. ne yang malas makan ubat ne! semoga Allah sembuhkan sakitku ini. aamin. :] sakit pun masih senyum tau.
hari ni aku nak cerita pasal diri aku. siapa aku. asal aku. aku tak pernah cerita kan.? okey sesi pengenalan diri akan bermula. cehhh.. macam ice breaking waktu pertama kali masuk kelas daa.. ^^
nama aku fatin hafizah binti azlan. nama panggilan banyak sangat. kawan2 panggil aku fatin, tenten, 10 (ten), ikan patin (taksuka), kembang. hhahaha:DDD takpe, aku tak marah. yang penting kamu bahagia panggil aku macam tu. family aku panggil aku aten dan my kakak, leleng sometimes panggil aku si gemuk. =.=' sekali lagi, takpe.. yang penting bahagia. *tahanmarah* :P
aku memang original sarawak bukanlah SPICY. hehe.. aku lahir di limbang (sebuah daerah di sarawak) bukan di lawas tempat tinggal aku sekarang. family aku tinggal memang tinggal di limbang sebelum aku lahir lagi. kemudian selepas kelahiran adik aku lelaki, apis kami sekeluarga pindah ke kuching. kami tinggal di batu lintang dan batu kawa. di sana adik aku yang perempuan di lahirkan, amoi. untuk pengetahuan, abang aku lahir di lawas dan kakak2 aku lahir di limbang sama ngan aku dan apis. pada tahun 1997, barulah kami menetap di lawas sehingga sekarang.
ayah aku berbangsa melanau. banyak sangat campuran sebab kata bapa ada darah jawa dan cina. sebelah mama, melayu brunei dan arab sebab kata mama, datuknya sebelah nenek aku golongan syeikh. aku tak pastila tapi memang nenek aku ada ciri2 arab, rambut ikal mayang gitu. hehe. aku pun dapat sikit dari nenek. kulit aku putih merah2. :P nah, jadi kami adik beradik apa.? melanau + cina + jawa + melayu brunei + arab dan hasilnya kami sembilan adik beradik. hehe^^
aku mulakan pendidikan di tadika hikmah. kalau ingat balik zaman tadika dulu memang lucu. mesti setiap pagi aku dan kawan aku pergi keluar kelas dan tengok burung2 mandi kat becak air. hee :) bila lagi mau buat mcam tu.? ( memang biol kalau buat sekarang) aku boleh dikira pelajar cemerlang waktu tu, selalu dapat nombor satu. *kembang* dan selalu ganti kedudukan ngan kawan aku, aslina. kemudian sambung belajar di sekolah kebangsaan agama (majlis islam sarawak), lawas. aku ingat lagi, waktu tu kedudukan sekolah rendah aku masih di tempat lama, berhampiran hospital. sampai pertengahan tahun satu baru pindah bangunan baru. nama sekolah lama pun lain, sekolah rendah bantuan agama lawas. waktu di sekolah inila ayah aku bawa aku dan kakak aku, dijah (sama sekolah waktu tu) pergi hospital sebab mama lahirkan permata hati kami sekeluarga iaitu si kembar. nurul dan judin.
nampak tak budak kecil dua orang tu? nurul yang peace kat pipi dan judin yang pakai songkok senget semacam, |
adi beradik ada sembilan orang dan aku anak ke lima. anak tengah yang kuat merajuk kalau permintaannya tak ditunaikan. haha:DD dalam adik beradik, aku yang cepat sangat nangis lepas adik aku, judin. hehe cengeng. apa boleh buat dee. ini fatin. ^__^ (senyum manja)
apa lagi nak cakap ekk? ouhh kegemaran aku. aku suka makan ayam goreng. milo ais. MEE GORENG BASAH SEAFOOD! sedapnyee.. telan air liur jelaa. di labuan ne, belum ada lagi restoran yang aku terpikat habis. hehe.. mana tidak, kalau keluar mesti nak instant food macam kepsi. apalagi kalau ayam spicy. ketara sangat lapar aku ne. memang pun tapi tak larat. haccowww >.< ouhh ada baiknya sampai sini sini saja sebelum virus aku merebak. :P
hermm itu ajela ye.. nanti aku fikir nak post baru cerita lagi. hehe^^ sekian saja dari saya.
![]() |
that's me behind chipmunk. hehe |
sayang dari fatin,
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment